Mahkota wanita memerlukan penjagaan yang
rapi untuk kekal sihat dan cantik. Selain menggunakan produk penjagaan rambut
yang sesuai,cara tradisi juga mampu membuatkan rambut kekal sihat dan cantik
malah kosnya jauh lebih murah.Hasilnya pasti membuatkan anda tersenyum.Jom
cuba!
Limau wangikan rambut
Beberapa biji limau nipis dihiris.Gosok
ke seluruh kepala.Biarkan setengah jam dan cuci bersih.Limau nipis juga boleh
menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.
Masalah rambut kering
Caranya ialah dengan memanaskan minyak
sayuran kemudian lumurkan pada rambut dengan menggunakan jari.Kemudian tutup
kepala
dengan
tuala
yang
diwapkan.Biarkan
setengah
jam
dan
bersihkan.
Rambut cepat panjang
Ketuk beberapa batang serai
dan
rebus sehingga naik aroma.Setelah itu,sejukkan.Ambil air rebusan serai dan sapukan
di kepala.Selain mempercepatkan rambut panjang,ia juga menyejukkan kepala.
Hapuskan kutu rambut
Cuba petua ini,mudah dan insyaallah mujarab.Ambil beberapa
ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat.Kemudian gaulkan bersama lima sudu
makan minyak kelapa.Lumurkan keseluruhan kepala dan biarkan selama 20
minit.Selepas itu sikat dengan menggunakan sikat kutu.Amalkan selalu.
Rambut berbuah
Bagi mengatasi masalah ini,ramas daun pinang kemudian campur
dengan sedikit garam kasar dan air.Sapukan pada rambut dan biarkan selama 30
minit.Lakukan selama 2 minggu.
Rambut berminyak
Bagi mengatasinya, campurkan sedikit syampu bersama kuning
telur di dalam semangkuk air suam.Cuci rambut seperti biasa.Lakukan dua kali
dalam seminggu.
Petua
luruskan rambut
Wanita sanggup berbelanja besar melakukan perawatan di salun
bagi merialisasikan impian untuk memiliki rambut lurus menawan.Perawatan
seperti ini biasanya menggunakan bahan kimia dan sedikit sebanyak memberikan
impak sampingan.Apa kata cuba petua ini dimana kos yang murah dan kesannya
lebih tahan lama.Bahan alami memiliki pelbagai manfaat yang tersembunyi.Apa
tunggu lagi. JOM CUBA!
Santan
Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua.Kemudian masukkan
setengah cawan jus limau nipis ke dalam santan tersebut dan sebatikan.Sejukkan
ramuan ini di dalam peti semalam.Ramuan tersebut akan bertukar menjadi
krim.Sapu sehingga rata dan urutkan pada kepala setiap malam sebelum tidur.Bilas
sehingga bersih.Lakukan setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.
Susu segar
Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur.Kemudian
semburkan pada rambut.Biar selama setengah jam.Selepas itu sikat rambut anda da
bilas.Lakukan sekerap yang mungkin.
Telur dan tepung gandum
Campurkan dua biji telur dan tepung gandum dan gaul sehingga
sebati.Sapukan bancuhan tadi pada rambut sehingga rata.Kemudian sikat rambut
sehingga lurus.Biarkan selama 40 minit,bilas seingga bersih.Amalkan petua ini dua
kali seminggu.
Pisang dan betik
Kisar pisang masak dan betik sehingga halus.Campurkan dua
sudu madu.Sapukan ramuan ini pada rambut dan biarkan sehingga ia kering.Selepas
itu bilas dan sikat rambut sehingga lurus,biarkan ia kering.Elakkan mengikat
rambut.Lakukan dua kali seminggu.
Petua
rambut kekal hitam
Uban tumbuh atas faktor usia tapi ada juga orang muda yang
beruban.Sekiranya anda bimbang masalah uban di kepala biarpun usia masih belum
tua, jom cuba amalkan petua ini.
Santan
Perap rambut dengan menggunakan santan kelapa.Pastikan sapuan
santan rata diseluruh kepala.Kemudian balut dengan tuala.Biarkan selama 20
minit.Cuci sehingga bersih.
Bunga tebu hitam
Masak bunga tebu hitam dan minyak kelapa.Sapukan minyak ini
pada rambut.Ia boleh membantu rambut kekal hitam dan mengelak rambut dari
beruban.
Daun kari
Bagi wanita yang rambutnya mulai tumbuh uban,usah risau.Cuba
petua ini.Campurkan segenggam daun kari dan sesudu minyak kelapa.Masak di atas
api sehingga daun kari hangus.Tutup api dan biarkan sejuk.Gunakan minyak ini
sebagai minyak rambut.Amalkan setiap hari.
Biji betik
Biji betik masak dijemur sehingga kering.Kemudian goreng
sehingga hangus.Tumbuk biji betik sehingga menjadi debu dan campurkan sedikit
minyak kelapa.Larutkan dan sapu pada rambut sebelum mandi.
Daun pandan
Ambil air perahan 10 helai daun pandan.Kemudian sapukan pada
seluruh kepala sebelum tidur.Basuh bersih.Selain mencegah dari rambut beruban
daun pandan juga membuatkan rambut anda berbau wangi.
Hampas teh
Apabila membancuh teh,hampasnya jangan terus dibuang.Setiap
pagi,apabila mandi gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas teh
tadi.Amalkan sekerap mungkin.
Petua
melebatkan rambut
Tidak kira rambut anda jenis yang lurus,kerinting atau ikal
mayang semuanya mempunyai kelebihan tersendiri.Namun sekiranya rambut anda
kategori yang nipis apa salahnya amalkan petua ini bagi mendapatkan rambut yang
lebat dan sihat.Selamat mencuba!
Minyak zaitun
Kisar dua sudu minyak zaitun,dua sudu minyak bijan,dua biji
telur,dua sudu santan dan dua sudu minyak kelapa.Ketika mandi sapu rata ramuan
ini dan urutkan ke seluruh kulit kepala.Boleh diamalkan setiap hari.
Buah keras
Bakar buah keras sehingga hangus.Kemudian
hancurkannya.Campurkan buah keras dengan minyak kelapa atau minyak
zaitun.Amalkan sebelum tidur.Bilas bersih.
Daun bunga raya
Ramas daun bunga raya sehingga keluar lendir.Ambil lendirnya
dansapu pada rambut.Perap dengan tuala,lebih kurang 10 minit,kemudian
bilas.Amalkan dua kali seminggu.
Ambil lendir lidah buaya dan ratakan ke atas kepala.Biarkan
kering.Bilas dengan air bersih.Amalkan petua ini tiga kali seminggu.
Petua
melembutkan rambut
Tanpa mengeluarkan kos yang banyak untuk melakukan rawatan
rambut,anda boleh menggunakan petua tradisional untuk mendapatkan rambut yang
lembut.Jom cuba!
Kangkung
Ambil secekak kangkung dan letakkan enam sudu air suam ke
dalam sebuah bekas.Ramas kangkung sehingga mengeluarkan lendir.Sapukan lendir
kangkung dan biarkan seketika.Bilas rambut dengan air bersih.Lakukan setiap
hari selama dua minggu.Hasilnya sangat memuaskan.
Asam jawa
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas.Basuh
rambut menggunakan campuran tersebut.Amalkan sekerap mungkin untuk hasil yang
memuaskan.
Susu tepung
Masukkan dua sudu susu tepung dan perahkan sedikit limau
nipis.Kacau sebati.Biarkan dalam peti sejuk semalaman.Lumur ramuan pada rambut
dan biarkan selama sejam.Bilas.Amalkan sekerap mungkin untuk hasil yang
memuaskan.
Petua
rambut bebas kelemumur
Masalah kelemumur memang menimbulkan masalah terutamanya jika
keadaannya tidak terkawal.Selain memalukan,ia juga mengakibatkan rasa gatal di
kulit kepala.Ucapkan selamat tinggal pada kelemumur dengan mengamalkan petua
ini.Jom cuba!
Daun kesum
Tumbuk daun kesum dan ambil air perahannya.Kemudian gosok air
yang terhasil ini pada kulit kepala dan biarkan seketika sebelum di bilas
bersih.Amalkan petua ini sehingga kepala bebas kelemumur.
Air kelapa tua
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala
perlahan-lahan.Lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.
Daun pandan
Kiasar daun pandan dan kemudian tapis.Air daun pandan diambil
dan disapukan keseluruh kulit kepala.Biarkan seketika dan bilas.
Daun nangka
Ambil beberapa helai daun nangka dan diramas dengan sedikit
air.Gunakan air ramasan sebagai syampu.Amalkan setiap hari sehingga kelemumur
tiada lagi.
Limau purut
Perahkan air limau purut dan lumurkan keseluruh kulit
kepala.Bagi hasil yang lebih baik,amalkan petua ini
sebelum
tidur
dan
bilas.
Serai
Kisar tiga batang serai bersama tiga biji limau nipis.Kemudian tapis dan ambil patinya.Sapukan seluruh rambut seperti menggunakan syampu.Bilas
dengan
air
hingga
bersih.
Petua atasi rambut gugur
Awas jika rambut anda sering gugur kerana boleh menyebabkan kebotakan.Masalah ini
bukan sahaja akan menjejaskan penampilan wanita malah membuat kaum hawa berasa
tidak selesa.Atasinya dengan petua tradisional.Pasti tidak akan mengecewakan anda.Jom cuba!
Kacang hijau
Rendam semalaman secawan kacang hijau.Tapis dan ambil airnya untuk disapu pada kulit kepala.Biarkansehingga rambut
kering,bilas bersih.Amalkan.Selain rambut
menjadi
semakin
lebat,petua ini juga membantu mengatasi masalah
sakit
kepala.
Lendir lidah buaya
Sapukan lendir lidah buaya pada kulit kepala dan rambut.Perap selama setengah jam dan bilas.Lendir lidah buaya dapat menyejukkan kulit
kepala
dan
mengatasi
rambut
kering
serta
gugur.
Daun bunga raya
Kisar beberapa helai daun
bunga
raya
dan
tapi.Ambil air tapisan daun bunga raya dan ratakan keseluruh kepala.Perap selama sejam dan bilas bersih.Lakukan dua kali seminggu.
Bukan semua orang mampu membuat rawatan rambut di salon atau spa memandangkan kosnya
agak
tinggi. Apa kata anda membuat sendiri masker rambut dirumah daripada membazir wang dan masa.Bahan-bahan mudah
didapati
dan
kos
sangat rendah.Hasilnya sangat mengagumkan.Jom amalkan
petua.
Avokado
Campurkan avokado,minyak kelapa,minyak
zaitun
dan madu.Gaul sebati masker ini dan lumurkan pada rambut.Biarkan setengah jam kemudian bilas bersih.Lakukan seminggu sekali.Masker ini akan menjadikan rambut anda halus dan sihat.
Kulit tembikai
Gosok kulit kepala dengan bahagian dalam kulit tembikai yang bewarna putih perlahan-lahan.Biarkan selama setengah jam sehingga ia
meresap ke dalam kulit kepala.Kemudian bilas bersih.Kulit tembikai dapat
membersihkan kulit kepala dari kotoran dan daki.
Telur
Campurkan sebiji telur dengan sesudu minyak kelapa,minyak
zaitun dan sesikit madu.Sapukan pada seluruh rambut.Biarkan seketika dan
bilas.Lakukan seminggu sekali bagi mendapatkan rambut yang lembap dan halus.
Mayones
Campurkan satu seduk mayonis,sesudu minyak zaitun,sesudu
minyak kelapa dan sedikit air.Lumur rambut dengan masker dan biarkan 20 minit
kemudian bilas.Amalkan seminggu sekali dan hasilnya rambut tampak
bersinar,lembut dan sihat.
Petua tradisi jangan dilupa,
Terbukti berkesan jika rajin usaha,
Kekal sihat dan cantik walau dimamah usia,
Selamat mencuba pembaca semua.