Wednesday 1 July 2015

JOM CUBA PETUA







Mahkota wanita memerlukan penjagaan yang rapi untuk kekal sihat dan cantik. Selain menggunakan produk penjagaan rambut yang sesuai,cara tradisi juga mampu membuatkan rambut kekal sihat dan cantik malah kosnya jauh lebih murah.Hasilnya pasti membuatkan anda tersenyum.Jom cuba!


Limau wangikan rambut
Beberapa biji limau nipis dihiris.Gosok ke seluruh kepala.Biarkan setengah jam dan cuci bersih.Limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

Masalah rambut kering
Caranya ialah dengan memanaskan minyak sayuran kemudian lumurkan pada rambut dengan menggunakan jari.Kemudian tutup kepala dengan tuala yang diwapkan.Biarkan setengah jam dan bersihkan.

Rambut cepat panjang
Ketuk beberapa batang serai dan rebus sehingga naik aroma.Setelah itu,sejukkan.Ambil air rebusan serai dan sapukan di kepala.Selain mempercepatkan rambut panjang,ia juga menyejukkan kepala.

Hapuskan kutu rambut
Cuba petua ini,mudah dan insyaallah mujarab.Ambil beberapa ulas bawang putih dan tumbuk hingga lumat.Kemudian gaulkan bersama lima sudu makan minyak kelapa.Lumurkan keseluruhan kepala dan biarkan selama 20 minit.Selepas itu sikat dengan menggunakan sikat kutu.Amalkan selalu.

Rambut berbuah
Bagi mengatasi masalah ini,ramas daun pinang kemudian campur dengan sedikit garam kasar dan air.Sapukan pada rambut dan biarkan selama 30 minit.Lakukan selama 2 minggu.

Rambut berminyak
Bagi mengatasinya, campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam.Cuci rambut seperti biasa.Lakukan dua kali dalam seminggu.



Petua luruskan rambut


Wanita sanggup berbelanja besar melakukan perawatan di salun bagi merialisasikan impian untuk memiliki rambut lurus menawan.Perawatan seperti ini biasanya menggunakan bahan kimia dan sedikit sebanyak memberikan impak sampingan.Apa kata cuba petua ini dimana kos yang murah dan kesannya lebih tahan lama.Bahan alami memiliki pelbagai manfaat yang tersembunyi.Apa tunggu lagi. JOM CUBA!

Santan
Ambil santan perahan dari sebiji kelapa tua.Kemudian masukkan setengah cawan jus limau nipis ke dalam santan tersebut dan sebatikan.Sejukkan ramuan ini di dalam peti semalam.Ramuan tersebut akan bertukar menjadi krim.Sapu sehingga rata dan urutkan pada kepala setiap malam sebelum tidur.Bilas sehingga bersih.Lakukan setiap hari sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.


Susu segar
Masukkan susu segar ke dalam botol penyembur.Kemudian semburkan pada rambut.Biar selama setengah jam.Selepas itu sikat rambut anda da bilas.Lakukan sekerap yang mungkin.

Telur dan tepung gandum
Campurkan dua biji telur dan tepung gandum dan gaul sehingga sebati.Sapukan bancuhan tadi pada rambut sehingga rata.Kemudian sikat rambut sehingga lurus.Biarkan selama 40 minit,bilas seingga bersih.Amalkan petua ini dua kali seminggu.

Pisang dan betik
Kisar pisang masak dan betik sehingga halus.Campurkan dua sudu madu.Sapukan ramuan ini pada rambut dan biarkan sehingga ia kering.Selepas itu bilas dan sikat rambut sehingga lurus,biarkan ia kering.Elakkan mengikat rambut.Lakukan dua kali seminggu.



 Petua rambut kekal hitam


Uban tumbuh atas faktor usia tapi ada juga orang muda yang beruban.Sekiranya anda bimbang masalah uban di kepala biarpun usia masih belum tua, jom cuba amalkan petua ini.



Santan
Perap rambut dengan menggunakan santan kelapa.Pastikan sapuan santan rata diseluruh kepala.Kemudian balut dengan tuala.Biarkan selama 20 minit.Cuci sehingga bersih.

Bunga tebu hitam
Masak bunga tebu hitam dan minyak kelapa.Sapukan minyak ini pada rambut.Ia boleh membantu rambut kekal hitam dan mengelak rambut dari beruban.

Daun kari
Bagi wanita yang rambutnya mulai tumbuh uban,usah risau.Cuba petua ini.Campurkan segenggam daun kari dan sesudu minyak kelapa.Masak di atas api sehingga daun kari hangus.Tutup api dan biarkan sejuk.Gunakan minyak ini sebagai minyak rambut.Amalkan setiap hari.

Biji betik
Biji betik masak dijemur sehingga kering.Kemudian goreng sehingga hangus.Tumbuk biji betik sehingga menjadi debu dan campurkan sedikit minyak kelapa.Larutkan dan sapu pada rambut sebelum mandi.

Daun pandan
Ambil air perahan 10 helai daun pandan.Kemudian sapukan pada seluruh kepala sebelum tidur.Basuh bersih.Selain mencegah dari rambut beruban daun pandan juga membuatkan rambut anda berbau wangi.

Hampas teh
Apabila membancuh teh,hampasnya jangan terus dibuang.Setiap pagi,apabila mandi gosok-gosokkan rambut anda dengan air rendaman hampas teh tadi.Amalkan sekerap mungkin.



 Petua melebatkan rambut


Tidak kira rambut anda jenis yang lurus,kerinting atau ikal mayang semuanya mempunyai kelebihan tersendiri.Namun sekiranya rambut anda kategori yang nipis apa salahnya amalkan petua ini bagi mendapatkan rambut yang lebat dan sihat.Selamat mencuba!

Minyak zaitun
Kisar dua sudu minyak zaitun,dua sudu minyak bijan,dua biji telur,dua sudu santan dan dua sudu minyak kelapa.Ketika mandi sapu rata ramuan ini dan urutkan ke seluruh kulit kepala.Boleh diamalkan setiap hari.

Buah keras
Bakar buah keras sehingga hangus.Kemudian hancurkannya.Campurkan buah keras dengan minyak kelapa atau minyak zaitun.Amalkan sebelum tidur.Bilas bersih.

Daun bunga raya
Ramas daun bunga raya sehingga keluar lendir.Ambil lendirnya dansapu pada rambut.Perap dengan tuala,lebih kurang 10 minit,kemudian bilas.Amalkan dua kali seminggu.


Daun lidah buaya
Ambil lendir lidah buaya dan ratakan ke atas kepala.Biarkan kering.Bilas dengan air bersih.Amalkan petua ini tiga kali seminggu.





Petua melembutkan rambut


Tanpa mengeluarkan kos yang banyak untuk melakukan rawatan rambut,anda boleh menggunakan petua tradisional untuk mendapatkan rambut yang lembut.Jom cuba!


Kangkung
Ambil secekak kangkung dan letakkan enam sudu air suam ke dalam sebuah bekas.Ramas kangkung sehingga mengeluarkan lendir.Sapukan lendir kangkung dan biarkan seketika.Bilas rambut dengan air bersih.Lakukan setiap hari selama dua minggu.Hasilnya sangat memuaskan.

Asam jawa
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas.Basuh rambut menggunakan campuran tersebut.Amalkan sekerap mungkin untuk hasil yang memuaskan.


Susu tepung
Masukkan dua sudu susu tepung dan perahkan sedikit limau nipis.Kacau sebati.Biarkan dalam peti sejuk semalaman.Lumur ramuan pada rambut dan biarkan selama sejam.Bilas.Amalkan sekerap mungkin untuk hasil yang memuaskan.



Petua rambut bebas kelemumur
Masalah kelemumur memang menimbulkan masalah terutamanya jika keadaannya tidak terkawal.Selain memalukan,ia juga mengakibatkan rasa gatal di kulit kepala.Ucapkan selamat tinggal pada kelemumur dengan mengamalkan petua ini.Jom cuba!


Daun kesum
Tumbuk daun kesum dan ambil air perahannya.Kemudian gosok air yang terhasil ini pada kulit kepala dan biarkan seketika sebelum di bilas bersih.Amalkan petua ini sehingga kepala bebas kelemumur.

Air kelapa tua
Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan.Lakukan setiap hari sehingga kelemumur hilang.

Daun pandan
Kiasar daun pandan dan kemudian tapis.Air daun pandan diambil dan disapukan keseluruh kulit kepala.Biarkan seketika dan bilas.

Daun nangka
Ambil beberapa helai daun nangka dan diramas dengan sedikit air.Gunakan air ramasan sebagai syampu.Amalkan setiap hari sehingga kelemumur tiada lagi.

Limau purut
Perahkan air limau purut dan lumurkan keseluruh kulit kepala.Bagi hasil yang lebih baik,amalkan petua ini sebelum tidur dan bilas.

Serai
Kisar tiga batang serai bersama tiga biji limau nipis.Kemudian tapis dan ambil patinya.Sapukan seluruh rambut seperti menggunakan syampu.Bilas dengan air hingga bersih.




                      Petua atasi rambut gugur


Awas jika rambut anda sering gugur kerana boleh menyebabkan kebotakan.Masalah ini bukan sahaja akan menjejaskan penampilan wanita malah membuat kaum hawa berasa tidak selesa.Atasinya dengan petua tradisional.Pasti tidak akan mengecewakan anda.Jom cuba!



Kacang hijau
Rendam semalaman secawan kacang hijau.Tapis dan ambil airnya untuk disapu pada kulit kepala.Biarkansehingga rambut kering,bilas bersih.Amalkan.Selain rambut menjadi semakin lebat,petua ini juga membantu mengatasi masalah sakit kepala.


                                                
                                                Lendir lidah buaya
Sapukan lendir lidah buaya pada kulit kepala dan rambut.Perap selama setengah jam dan bilas.Lendir lidah buaya dapat menyejukkan kulit kepala dan mengatasi rambut kering serta gugur.

Daun bunga raya
Kisar beberapa helai daun bunga raya dan tapi.Ambil air tapisan daun bunga raya dan ratakan keseluruh kepala.Perap selama sejam dan bilas bersih.Lakukan dua kali seminggu.






Bukan semua orang mampu membuat rawatan rambut di salon atau spa memandangkan kosnya agak tinggi. Apa kata anda membuat sendiri masker rambut dirumah daripada membazir wang dan masa.Bahan-bahan mudah didapati dan kos sangat rendah.Hasilnya sangat mengagumkan.Jom amalkan petua.
 

Avokado
Campurkan avokado,minyak kelapa,minyak zaitun dan madu.Gaul sebati masker ini dan lumurkan pada rambut.Biarkan setengah jam kemudian bilas bersih.Lakukan seminggu sekali.Masker ini akan menjadikan rambut anda halus dan sihat.
Kulit tembikai
Gosok kulit kepala dengan bahagian dalam kulit tembikai yang bewarna putih perlahan-lahan.Biarkan selama setengah jam sehingga ia meresap ke dalam kulit kepala.Kemudian bilas bersih.Kulit tembikai dapat membersihkan kulit kepala dari kotoran dan daki.



Telur
Campurkan sebiji telur dengan sesudu minyak kelapa,minyak zaitun dan sesikit madu.Sapukan pada seluruh rambut.Biarkan seketika dan bilas.Lakukan seminggu sekali bagi mendapatkan rambut yang lembap dan halus.



Mayones
Campurkan satu seduk mayonis,sesudu minyak zaitun,sesudu minyak kelapa dan sedikit air.Lumur rambut dengan masker dan biarkan 20 minit kemudian bilas.Amalkan seminggu sekali dan hasilnya rambut tampak bersinar,lembut dan sihat.


Petua tradisi jangan dilupa,
Terbukti berkesan jika rajin usaha,
Kekal sihat dan cantik walau dimamah usia,
Selamat mencuba pembaca semua.


No comments:

Post a Comment